Tuesday, October 15

Short Reminder

Dalam kehidupan ini,
terlalu singkat untuk kita menikmati semuanya,

Namun dalam kesingkatan ini, pernahkah terfikir tentang apa yang telah tuhan kurniakan kepada kita..
Adakah kita telah memanfaatkan sepenuhnya atau kita alpa dengan kenikmatan dunia...

"God give us mind to think, hand for charity, legs for walking towards Him"

Pada hari raya korban ini, (aidiladha) , semoga kita memanfaatkan pemberian-Nya sepenuhnya dan meningkatkan amalan kita


Wednesday, July 31

Ramadhan...

Genap 22 ramadhan hari ini,
Selesai je menunaikan kewajipan di waktu subuh, aku duduk termenung,
Termenung jauh mengingatkan perkara di msa lalu,
Pelbagai soalan timbul di benak pemikiran ku,

"adakah aku sesat ?"
"apakah azam aku di bulan ramadhan ini ?"

"apakah ramadhan ini bermakna untuk ku ?"

Pabila sedar dari temenung itu,
Aku berfikir,

Dalam pada masa yang telah berlalu, 

Apakah yang telah aku lakukan cukup untukku menebus dosa-dosaku?
Apakah tangan ini sudah cukup manadah untuk berdoa?
Apakah pernah untuk diriku mencari Lailatul qadar?
Apakah hati ini akan berjaya mencintai Illahi?

Kawan ku pernah berkata, 
sebesar mana dosa yang telah kita lakukan, Allah tetap akan mengampunkan kita 
kerana Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Dia akan mengampunkan hamba-hamba-Nya yang sudi bertaubat.



p.s : dah bertaubat jangalah buat lagi ye 



Dihadapan kita ada dua jalan



Thursday, January 17

JUST wouldn't give up

 Angin bertiup lembut takkala hujan menyanyi lagu sedih,
Bumi seakan mengerti kesedihan ku,
Inginku berlari menghentikan hujan ini,
Ku ingin melihat fajar bangkit,
Bersama-sama menyanyikan lagu keriangan,
Tanpa perlu bersendiri lagi,

Setelah kepuasan terlaka di garis penamat,
Maka bermulalah lukisan di kanvas baru,
Sebelum itu, aku ingin rehat, 
Berehat sambil menganyam mimpi dengan penuh keindahan.
Agar setiap kali aku bangkit,
Aku bangkit dengan senyuman,
Ditemani kehadiran sang mentari,
Menghiasi langkahku menerangi kegelapan nanti.




Sememangnya ingin bermula sesuatu yang baru itu bagus,
 tapi persoalan nya mampukah kita berubah dengan hanya mendiam kan diri dan berlari dari kenyataan??