CHPTR 4

Chapter 4 : Memori

"kenapa awak?  Kenapa? Kalau itu yang awak nak, kita putus harini. Selamat tinggal. "

Hujan renai membasahi ben. Guruh. Kejang seakan tiada daya. Rentap berderai tanpa penjelasan. Itu sahaja yang boleh digambarkan, 3 tahun lalu.

"Hoi, dah sampai mana kau berangan?" tegur sofea yang dah lama perhati gelagat ben.

"ish, kau ni mana ada. Dah la, nak gi mana ni? Hari tu dah gi klcc, tak kan nak pergi sana lagi" balas ben.

"emm.. Kau la suggest. Aku kan dah lama tak balik Malaysia. Mana la aku tahu pembangunan Malaysia sekarang ni. Maklumlah, aku dengar sekarang banyak tempat menarik. "  kata sofea bersahaja kerana malas memikirkan soalan yang diajukan ben.

"ye la, kita pergi midvalley je. Dekat pun dekat. Semua ada. Jom la, balik kau belanja makan. "

"erkk midvalley je.. " balas sofea. Ben membalas dengan pandangan tajam mendengar kata-kata sofea.

"haha..  Ye ye..  Aku gurau je.. Okay nanti aku belanja kau makan sushi." kata sofea yang cuba menumpulkan pandangan tajam ben.

Midvalley, perjalanan yang hanya memakan masa setengah jam dipenuhi perbualan antara mereka. Ben dan Sofea sememang rapat.

"Assalamualaikum, Julia.  Abang dah balik." Ben masuk ke rumah setelah pulang menghantar sofea.

Hmm... Senyap je.. Kereta ada, takkanlah baru balik dah keluar?

Ben terus ke tingkat atas untuk menguruskan dirinya sebelum tidur. Dia terlihat lampu bilik adiknya terbuka dan terus bergegas ke sana.

Kelihatan adiknya sedang nyenyak dibuai mimpi, dengan beg-beg yang masih tidak kemas. Dia tersenyum.

"Haish..bertuah punya adik, balik2 terus tidur. Penat agaknya jadi volunteer. Selamat malam adik, kita jumpa esok ye."

Ben terus meninggalkan bilik adiknya setelah menyelimutkan julia. Lampu bilik ditutup dan pintu dirapatkan. Dia terus melangkah ke biliknya yang bersebelahan.

Malam terus meniti usia, menunggu mentari terbit. Ben masih berjaga, kusut pemikirannya memikirkan kata-kata sofea sebelum menghantar dia pulang.

Ahh!! kusut kepala, asal sofea tu suka sangat keluar ayat yang selalu main teka-teki ini. Hmm.. Nak buat apa ni?

Kakinya terus mengorak langkah menuju katil, badannya direbahkan.Ben mengapai telefon bimbitnya di penjuru katil, mencari nama alya liyana.

Selamat malam, may u have a sweet dream.




No comments: