Prolog: BEN

Prolog : Ben

SESAK itulah gambaran pemadangan di Hospital Tunku Ampuan Rahimah yang tidak usang di mata pelajar medikal, Houseman(HO),, doktor mahupun pesakit. Sakit itu sememangnya menjadi lumrah kepada mereka yang masih sihat, ia pasti.

"Cepat la habis, 2 tahun je lagi nak graduate. Pastu dah tak payah nak aku clerk-clerk lagi" keluh Ben sambil menjamah roti blueberry kegemarannya di kafeteria, bersendirian menanti akan teman akrabnya, Sabri.

"Ish, lambatnya pak cik sabri ni."

" Hoi!! termenung je. Aku dah lama dah sampai . hahaha." sergah Sabri yang baru tiba.

"pfft. nasib la aku tak ada sakit jantung, dah lama sampai ?? hahaha. macam la aku baru kenal kau. Asal lambat??  kereta kau rosak atau ada gadis tahan minta kau tumpang?" perli Ben yang dah lali dengan telatah temannya,

'haha. aku lambat tadi sebab... Eh, kau dah clerk patient ke? " tanya Sabri yang hanya  mahu lari dari soalan.

" Belum, yela. Tahu dah alasan kau. Jom la"

Dalam suasana sibuk di wad kanak-kanak 6B, penuh dengan tangisan bayi kecil, dan jururawat yang berulang-alik. Terpaku Ben ke arah seorang doktor yang sedang gigih merawat pesakit,telatah pesakit itu dilayan seakan melayan anaknya.

"Kagum aku dengan doktor tu. Muka maintain cool je walaupun penat. Kalau la aku dah jadi doktor, aku nak jadi doktor yang cool, tenang je. Tak ada la macam HO tu, baru naik HO dah berlagak." monolog Ben sambil bersandar di tepi tingkap.

"Assalammualaikum, ada orang tak? Ben oh Ben!kau dah sampai mana termenung tu?"
Perli Sabri yang baru selesai clerking .

"Waalaikummussalam, kau ni Sab. Aku tengah khusyuk supervise doktor-doktor ini yang tengah buat kerja, kau potong line je."

Perbualan terhenti sekita apabila seorang gadis berlitupkan tudung bawal kuning lalu di hadapan mereka, bagaikan terhenti waktu seketika.

"Hoi, tajamnya mata kau. Ye pun tengok anak dara orang mulut tu tutup la. Tu Alya Liyana, budak group BST Nadia. Dia aku punya, Kau jangan nak kacau pulak"

"Ouh, yeke. Asal macam tak pernah nampak?kau punya?? Haha.okay la kau dah siap clerking-kan,aku nak balik dulu. Bye!" Ben membuka langkah meninggalkan ward, bibirnya mula mengukirkan senyuman, mengingati gadis tadi.

1 comment:

Unknown said...

Okay prologue macam best dah idea dia. Ala ala penulis novel Karangkraf gitu. Hehe. Tapi. Hah ada tapi. Stuktur ayat & tanda baca tu kena jaga sikit. Ada jugak typo, cuba check balik hehe. Overall, saya menantikan dan mengarapkan sambungan cerita yang lebih padu dan mantap. All the best Doc!