Chapter 6 : Haikal
“HAIKAL !! Why are you late? Give me yours excuse.” Dr.Hamka meninggikan suara memecahkan sunyi pagi hospital.
“HAIKAL !! Why are you late? Give me yours excuse.” Dr.Hamka meninggikan suara memecahkan sunyi pagi hospital.
“Ermm.. I woke up late doctor. “ Balas Ben yang masih
tercunggap mendaki tangga ke tingkat 4. Rambutnya masih basah, alasan yang
diberikan memang mencari nahas tetapi itu sahaja alasan yang doctor terima.
Tamatnya Ben memberi alasan maka bermulalah sesi motivasi
oleh Dr Hamka. Ben hanya mengannguk patuh dan menelan setiap kata doctor,
seperti kerbau dicucuk hidungnya. Setelah 15 minit, akhirnya doktor menamatkan sesi ceramahnya dan memulakan sesi
pengajaran.
“Haikal, I know you a good student but you must show good
attitude. As punishment, I can’t let you join this session. “ kata Dr Hamka lembut sebelum beredar
meninggalkan Ben di sisi korridor.
Haikal.. lama dah aku
tak dengar orang panggil nama tu.. dah la lebih baik aku pergi dari sini.
Ben benggang dengan kejadian itu terus beredar meninggalkan
perkarangan wad. Marah dan terasa dikhianati , itu yang bergolak di hatinya.
Dia terus menuju ke arah keretanya . Tidak seperti hari biasa, dia tidak pulang
terus ke rumah . Dia ingin melepaskan rasa negatif di Restoran Pak Li. Sudah
lama dia tidak ke sana.
“Hi awak ! tak ada kelas ke?” Tegur Jannah yang terserempak ketika menuruni tangga.
“Emm, hi Jannah. Tak
ada la, doktor tak bagi saya masuk sebab datang lewat.” Balas Ben yang berasa
malu . Jannah, seorang gadis yang manis
dan bijak, yang pernah Ben minati. Sopan dan tidak sombong.
“Mesti awak bangun lambat. Tu la awak , jangan tidur lewat
sangat lain kali nanti bangun lambat dah tak dapat masuk kelas. ” Jannah
memberi nasihat dengan nada yang lembut.
Bukan aku tak nak
pergi, cuma lewat sikit je. Haish,doktor pun satu nak buat kelas inform la
dulu. Ni tak, surprise katanya. Hmm… rungut hati Ben sendirian.
“Okay awak, malam ni saya tidur awal. Emm, awak nak pergi
mana ni?” Ben hanya mengiakan kata-kata Jannah dan disusuli dengan soalan .
“Saya tunggu kawan saya habis kelas pukul 3, then dia hantar
saya balik rumah . Maklumlah, saya tumpang dia, kenalah tunggu.” Jawab Jannah.
“Lama lagi tu awak nak tunggu. sekarang baru pukul 2, Emm…. Since saya pun nak
balik, jom la saya hantar. Tapi awak kena teman saya makan dulu. “ Ajak Ben
yang kasihan melihat Jannah yang keletihan.
“Tak apalah, susahkan awak je.” Jannah menolak tawaran Ben
untuk menumpangkannya.
“tak adalah, tak susah pun. Saya kesian tengok awak,lama
lagi kawan awak tu habis. Lagipun rumah sewa kita tak jauh pun.” Ben memujuk
Jannah.
Setelah beberapa minit bermian ‘tarik-tali’ , Jannah pun
menerima tawaran Ben untuk menghantarnya pulang dan Jannah bersetuju untuk
memani Ben lunch di Restoran Pak Li. Sepanjang
sesi lunch itu, Ben menceritakan hal
sebenar yang berlaku pagi tadi. Memandangkan kelas petang tiada, mereka rancak
berborak seakan sudah lama berkenalan. Ini merupakan kali kedua Ben bertukar
kata dengan Jannah. Kali pertama, di hadapan bakeri .
Matahari semakin rendah menyembah bumi, awan bertukar oren. Selesai
menjamu selera, Ben menghantar Jannah ke rumahnya. Hanya senyuman terukir diwajah Ben terbayangkan
senyuman manis yang dilemparkan Jannah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Segala negative didalam dirinya seakan terbasuh.Dia tidak sabar untuk menceritakan kepada Julia.
Well, rainny days not all are bad .. suprise . thanks .
No comments:
Post a Comment