Chapter 5 :Jumpa lagi
Suasana sesak, sememangnya manusia datang dan pergi memenuhi perkarangan KLIA 2 ini. Hujan diluar menambahkan kesejukkan penghawa dingin, Ben dan Sofea berjalan menuju ke food court.
Suasana sesak, sememangnya manusia datang dan pergi memenuhi perkarangan KLIA 2 ini. Hujan diluar menambahkan kesejukkan penghawa dingin, Ben dan Sofea berjalan menuju ke food court.
“Dah seminggu dah. Cepat betul masa berlalu. Tak puas lagi
aku duduk dekat Malaysia.” Keluh Sofea
“Aah, cepat masa berlalu. Tapi okay la, jimat sikit duit
minyak aku. Haha.. ” balas Ben kepada keluhan kawan baiknya itu.
Kau dah balik sana ,
siapa nak jadi teman gaduh aku lepas ini?
“Cehh.. since this is my last day here, I’ll treat your
breakfast today. Kau suka char kuey teow kan?” Balas Sofea yang tidak tahan
sindiran Ben.
“Haha.. ya ya aku nak char keuy teow dengan secawan neslo
ais. Aku duduk dulu la.” Jawab Ben.
Ben berlalu ke sebuah meja bersebelahan dengan tingkap. Luar
masih basah disirami renyai hujan, jam menunjukkan pukul 10.30 pagi, Ben
termenung menatap skrin telefonnya yang diletakkan diatas meja. Masih menanti
...
Tak balas lagi, tak
akan la tak bangun tidur lagi.. hmm
“ Hoi, dah sampai Eropah ke?” sergah Sofea yang membawa
makanan.
“Eh, mana ada. Tak ada apa-apa. Jom la makan. Nanti sejuk
tak sedap dah.” Ringkas balasan Ben.
Sofea dan Ben menjamu makanan tanpa menukar perkataan, hanya
bunyi sudu dan garfu berlaga di pinggan. Masa berlalu perlahan seperti perlahannya
air hujan yang mulai berhenti. Telefon Sofea berbunyi memberitahu mengenai masa
penerbangannya sudah hampir. Mereka perlahan-lahan beredar dari foodcourt ke balai pelepasan
antarabangsa. Masih berdiam tanpa suara.
“ Emm, Ben thanks
for sending me and picking me up. Ayah dengan mak aku kirim salam dekat kau.”
Sofea memecahkan kesunyian.
“waalaikummussalam. No
problem la, small matter. Lagipun, ayah dengan mak kau ada urusan. “ balas
Ben.
“Well, we have reach
to the end of our conversation. Aku pergi dulu Ben. Doakan aku kat sana. And by the way , kau kena move on Ben. Kirim salam orang yang kau
tunggu balasan tu. Take care Ben.”
“Mana kau tahu?! haha.. Take care there Sofea.” Balas Ben
sambal melambai Sofea.
Such a freak obsever,
kau memang kawan baik aku Sofea. See you later on Aidilfitri Sofea.
Nasihat Sofea mengakhiri perbualan mereka. Bayangnya perlahan-lahan hilang dari penglihatan. Ben pun beredar dari situ.
"Assalamualaikum mak, minggu depan abang dengan adik
balik. Mak dengan ayah sihat? "
"Alhamdulillah sihat, okay. Jumpa minggu depan ye
nak." balas lembut ibunya.
Dah dekat sebulan dah
tak bau kampung macam mana agaknya.
tapi esok isnin dah.. aduhh
No comments:
Post a Comment