Wednesday, July 31

Ramadhan...

Genap 22 ramadhan hari ini,
Selesai je menunaikan kewajipan di waktu subuh, aku duduk termenung,
Termenung jauh mengingatkan perkara di msa lalu,
Pelbagai soalan timbul di benak pemikiran ku,

"adakah aku sesat ?"
"apakah azam aku di bulan ramadhan ini ?"

"apakah ramadhan ini bermakna untuk ku ?"

Pabila sedar dari temenung itu,
Aku berfikir,

Dalam pada masa yang telah berlalu, 

Apakah yang telah aku lakukan cukup untukku menebus dosa-dosaku?
Apakah tangan ini sudah cukup manadah untuk berdoa?
Apakah pernah untuk diriku mencari Lailatul qadar?
Apakah hati ini akan berjaya mencintai Illahi?

Kawan ku pernah berkata, 
sebesar mana dosa yang telah kita lakukan, Allah tetap akan mengampunkan kita 
kerana Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Dia akan mengampunkan hamba-hamba-Nya yang sudi bertaubat.



p.s : dah bertaubat jangalah buat lagi ye 



Dihadapan kita ada dua jalan