Aku terasa bodoh,
Melihat keadaan yang tidak pernah terfikir bahawa merekalah orang yang tidak boleh dipercayai,
Melihat darah anak bangsa ini tumpah ditikam oleh bangsa lain,
Aku terasa bodoh,
Mempelajari ilmu tanpa mengamalkannya,
Melihat anak bangsa ini ditupi dan dimaki,
Sedang aku memeluk tubuh berdiam diri.
Aku terasa bodoh,
Inginku berbakti melihat anak bangsa ini bangkit,
Inginku mencurahkan ilmu yang ada di dada ini kepada mereka yang buta
akan realitinya dunia ini,
Inginku melihat agar bangsa yang dulunya dipijak dan ditikam bangun dan berdiri megah dibawah kerajaan yang permai.
Agar aku tidak terasa bodoh lagi.
(tiada kena mengena antara yang realiti atau fantasi, hanyalah kata-kata kepada diri ini)